Sunday, September 03, 2006

MB KIBAR JALUR GEMILANG (Contoh Berita)

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo melancarkan Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-49 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dataran Kemerdekaan di sini, malam semalam. Beliau meminta segenap lapisan kaum rakyat Selangor menonjolkan semangat kecintaan kepada tanah air dengan mengibar Jalur Gemilang dan bendera Selangor sepanjang Ogos ini.

"Hiasi rumah, pejabat dan kenderaan dengan Jalur Gemilang. Tiupkan semangat kemerdekaan dalam diri sepanjang masa terutama pada sambutan Hari Kemerdekaan "Kita juga harus bersyukur kerana dapat menikmati kemerdekaan tanpa berlaku sebarang pertumpahan darah sebaliknya dengan perundingan dan kompromi," ujar beliau.

Beliau menambah, rakyat negara ini perlu bersyukur kerana dikurniakan pemimpin negara yang bijak bagi mentadbir negara selepas merdeka ini bagi pembangunan negara.Hadir sama anggota Exco dan ketua-ketua jabatan serta agensi kerajaan negeri Selangor dan isteri Menteri Besar, Datin Seri Zahrah Kechik.

Saturday, August 26, 2006

Pusat Khidmat DUN Pandan

Pusat Khidmat DUN Pandan